Lantikan Exclusive

Lantikan Exclusive

1.   Owner melantik seorang sahaja REN/ Agensi untuk menguruskan jual beli hartanah mereka.

2.   REN akan membuat inspection lebih terperinci dan semakan market value dari sebanyak mungkin bank bagi mendapatkan value yang lebih baik dan tepat.

3.   REN akan menasihati owner tentang asking price yang lebih sesuai berdasarkan market value yang diperolehi. Mana-mana REN yang ber Coa, tidak boleh mengubah iklan yang telah disediakan oleh REN exclusive terutamanya asking price. Oleh itu, harga akan terkawal sepenuhnya.

4.   Pemasaran dan pengiklanan akan dibuat di medium berbayar seperti ProNiaga (mudah.my), Iproperty, Property Guru, FB Ads dan seumpamanya. Jika rumah berkenaan dijual oleh REN lain (konsep COA), REN tetap akan mendapat 50% bayaran professional fees. Oleh yang demikian, REN exclusive tidak takut untuk mengeluarkan kos dalam usaha memastikan rumah dapat dijual dengan seberapa segera.

5.   REN akan selalu update owner mengenai perkembangan terkini status pengiklanan dan pemasaran serta proses jual beli rumah.

6.   REN boleh share iklan kepada seramai mana REN yang lain. Sebagai contoh, REN boleh share iklan di telegram muslim group negotiator (MGN) yang ada lebih kurang 5300 orang ahli. Jika diandaikan 1% REN berminat untuk COA maka, seramai 53 orang REN akan membantu mengiklankan rumah ini. Bayangkan jika 10-20% yang berminat untuk COA. Ini akan menjadikan lebih ramai REN yang sama-sama menjual berbanding hanya 10 orang REN yang dilantik secara general/ ad-hoc. Peluang untuk rumah berkenaan dapat dijual dengan lebih cepat adalah tinggi.

7.   Hanya REN yang dilantik secara exclusive sahaja boleh share iklan mereka di dalam group telegram MGN mahu pun group telegram agensi.

8.   Privacy owner lebih terjamin kerana, seramai mana pun REN yang mengiklankan rumah tersebut, hanya REN yang dilantik exclusive sahaja yang akan deal dengan owner. Keselamatan juga lebih terjamin.

9.   REN akan membuat semakan dari segi kelayakan pinjaman dan DSR bagi memastikan hanya buyer berkemampuan dan berkelayakan sahaja akan dibawa untuk viewing.

10.  Bukanlah bermaksud dengan lantikan exclusive, hartanah ini akan dapat dijual dengan cepat dan mahal. Hari ni iklan besok terus terjual. Tak begitu. Tetapi dengan exclusive, owner boleh pastikan bahawa mereka akan mendapat perkkhidmatan yang terbaik dan individu yang setia. In the end, segala usaha REN lantikan exclusive ini akan ditentukan jua oleh Allah swt.

11.   Bayaran professional fees tetap sama sepertimana lantikan general/ ad-hoc iaitu 3.18% (termasuk sst).

Jadi, mana yang lebih baik, lantikan general/ ad-hoc atau exclusive? Ada tak yang berminat nak jadi Perunding Hartanah? Kenapa amat digalakkan untuk menceburi bidang ni?

ROSFAN RAMLEE | REN42736
IQI iRealty Sdn Bhd
https://wa.me/6012898155

Join The Discussion

Compare listings

Compare