Lantikan Exclusive dan Lantikan General/ Ad-Hoc

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, owner boleh melantikan mana-mana perunding hartanah/ REN untuk menguruskan jual beli hartanah mereka. Lantikan ini sama ada secara exclusive atau general/ ad-hoc. Apa perbezaan di antara kedua-dua lantikan ini? Memang ada perbezaannya. Nampak sama tapi tak serupa. Kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis lantikan ini adalah seperti berikut:

Lantikan General/ Ad-Hoc

1.   Owner boleh melantik seramai mana REN untuk menguruskan jual beli rumah mereka. Sebagai contoh, owner melantik 10 orang REN dengan harapan bahawa rumah mereka akan lebih mudah dan cepat terjual. Tak semestinya.

2.   Professional fees akan dibayar kepada mana-mana REN yang closed deal terlebih dahulu. Tiada jaminan kepada mana-mana REN akan berjaya walaupun telah berusaha dan bekerja keras untuk menjual rumah berkenaan.

3.  REN tidak akan menghabiskan banyak masa, duit dan tenaga untuk pemasaran serta pengiklanan memandangkan belum tentu mendapat hasil buat mereka.

4.   Pemasaran dan pengiklanan hanya akan menggunakan medium percuma seperti facebook, whatsapp status, whatsapp group, laman web mudah.my tidak berbayar, Facebook page dan menunggu jika ada mana-mana pihak yang bertanya tentang rumah untuk dijual.

5.   REN tidak akan update apa-apa perkembangan melainkan jika ada buyer yang berminat.

6.   REN akan meletakkan harga minimun seperti yang dinyatakan oleh owner. Sebagai contoh, jika owner bagi tau lowest price ialah 300k, kebanyakan REN akan mengiklankan pada harga tersebut. Jika letak harga lebih tinggi berbanding REN yang lain, sudah pasti tak ada buyer akan call. Harga tidak dapat dikawal dengan baik.

7.   Tiada privacy kerana mana-mana REN boleh deal terus dengan pihak owner termasuk pihak-pihak yang tidak dilantik.

8.   REN lebih memikirkan untuk menjual dengan lebih cepat dan sedaya upaya untuk meyakinkan owner bahawa itu la deal terbaik. Berkemungkinan, deal tersebut boleh mendatangkan kerugian atau tidak mendapatkan hasil sepertimana yang diharapkan oleh owner. Buktinya, rumah yang hendak dijual akan tergantung pelbagai banner dan bila dihubungi, setiap harga yang dimaklumkan oleh REN adalah berbeza antara satu sama lain. Sudah pasti, REN yang menawarkan harga terendah akan dipilih oleh buyer.

9.   Professional Fees adalah 3.18% (termasuk SST).

Lantikan exclusive camana pulak tu?

 

ROSFAN RAMLEE | REN42736
IQI iRealty Sdn Bhd
https://wa.me/6012898155

Join The Discussion

Compare listings

Compare