KELEBIHAN REFINANCE RUMAH yang ada orang masih tidak tahu.. dan ANDA PERLU TAHU!

KELEBIHAN REFINANCE RUMAH yang ada orang masih tidak tahu..
dan ANDA PERLU TAHU!

1️⃣ Sekiranya sebelum ni anda menggunakan pinjaman konvensional,
sekarang ada pilihan untuk bertukar kepada pembiayaan islamik yang patuh syariah dengan cara refinance rumah anda dengan memilih Pembiayaan Islamik,
jangan pulak lepas refinance still ambil yang konvensional.

2️⃣ Dapat kurangkan kadar faedah (keuntungan bank) “Loan Rumah” anda sekiranya sebelum ini kadar faedah lebih tinggi.
Yang buat “Loan Rumah” dah lama tu, pernah tak semak balik berapa kadar faedah terkini?
Berbaloi ke dulu dapat kadar faedah sehingga 6-7%+?
Lepas tu pelik kenapa baki hutang lambat je berkurang.

3️⃣ Dapat tutup dan satukan segala hutang-hutang jahat yang mempunyai kadar faedah yang tinggi seperti Pinjaman Peribadi, Kad Kredit dan Pinjaman Kredit (Kedai).
Buat pinjaman ni jangan hanya tengok pada kadar faedah je berapa %, tapi kena tahu jugak cara pengiraan tu.
Sebab cara pengiraan kadar faedah “Loan Rumah” sebenarnya lebih rendah bayaran bulanan tu walaupun nampak pada angka % tu sama.

4️⃣ Dapat kurangkan komitmen bulanan secara total selepas satukan hutang-hutang tadi.
So boleh la bernafas semula kan, tapi jangan pulak ambil peluang ni untuk ulang semula kesilapan yang sama.

5️⃣ Aliran tunai pun automatik akan bertambah selepas komitmen bulanan dah kurang, so boleh la saving lebih sikit kan.
Apa kata kembangkan lagi simpanan kita ke portfolio kewangan yang boleh gandakan duit kita.
Kalau tahu teknik yang betul, boleh je settle awal “Loan Rumah” yang baru refinance tu.
Tak semestinya tempoh loan 30tahun, selepas 30tahun baru boleh settle.

6️⃣ Bila komitmen bulanan dah kurang, secara automatik kelayakan “Loan Rumah” anda akan naik berbanding sebelum ni.
Ada client saya sebelum refinance dah tak layak untuk buat “Loan Rumah”,
lepas refinance dan satukan hutang-hutang, automatik kelayakan “Loan Rumah” naik dalam RM200-300k lagi.
Ada yang lagi best bila refinance dari LPP$A, client ni dah boleh guna LPP$A kali ke-2 dengan kelayakan lebih tinggi.
Best kan, nak tunggu hutang lain tu habis macam lambat lagi je.
Sekarang harga rumah dahla tengah murah kan.

7️⃣ Yang no.7 ni ramai suka bila refinance, iaitu dapat lebihan tunai (cashout) selepas refinance.
Tapi suka saya ingatkan supaya guna sebaiknya duit lebihan tersebut,
takut-takut nanti tak dapat bayar dan rumah anda bakal kena lelong.

8️⃣ Wang tunai dari refinancing boleh guna untuk deposit rumah seterusnya.
Bila nak beli rumah yang ketiga, LTV max 70% so mana nak cari 30% lagi eh?
Masa ni la cashout yang kita dapat boleh dimanfaatkan untuk beli rumah ketiga.

9️⃣ Bukan itu je, wang tunai yang kita dapat juga boleh gunakan untuk tambah modal perniagaan.
Lebih baik dari kita buat pinjaman peribadi yang agak berisiko dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Apa-apa pun sebelum Refinance,
buatlah kiraan betul-betul dan dapatkan nasihat daripada individu yang betul.

Setiap kelebihan yang ada jika kita tidak gunakan dengan betul kemungkinan ia akan menjadi risiko pada diri anda.

Perlukan khidmat nasihat untuk Refinance Rumah?

Jom hubungi saya sekarang. FREE consultation ☺️

“HOME FINANCING, REFINANCE & REMORTGAGE”

wasap.my/60128981550

#jom refinancing

Join The Discussion

Compare listings

Compare