Apakah cara untuk menjadi seorang perunding hartanah atau real estate negotiator (REN)?
1. Terlebih dahulu, anda boleh membuat tinjauan ke atas agensi-agensi hartanah yang ada di Malaysia. Pastikan agensi-agensi berkenaan adalah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEHPH).
2. Amat digalakkan untuk membuat senarai pendek beberapa agensi hartanah berdaftar bagi membolehkan anda membuat pilihan yang terbaik. Terdapat ramai leader dari pelbagai agensi hartanah yang membuat perkongsian di media sosial seperti youtube, tiktok, laman web, blog dan facebook. Melalui medium tersebut, anda boleh membuat pemerhatian dan penilaian tentang agensi mana yang ingin disertai.
3. Setelah yakin dengan pilihan yang ingin dibuat, anda boleh menghubungi leader atau pihak agensi hartanah tersebut bagi menyatakan minat anda untuk menyertai agensi mereka. Lebih mudah jika anda mengenali leader atau ada rakan-rakan di dalam agensi yang sama. Ini akan banyak membantu anda untuk menyesuaikan diri serta bekerja sebagai satu pasukan.
4. Setiap agensi hartanah akan mengenakan yuran pendaftaran dan pelbagai pakej bergantung kepada setiap agensi. Kebanyakan agensi juga menawarkan pelbagai insentif termasuk kursus atau kelas secara dalaman.
5. Anda juga perlu menghadiri Negotiator Certification Course (NCC) sebagai syarat untuk mendapatkan rentag. Sesetengah agensi mewajibkan anda mengambil NCC terlebih dahulu sebelum menyertai agensi mereka dan akan didaftarkan untuk mendapatkan rentag. Kebanyakan agensi amat menggalakkan mna-mana individu memiliki rentag sebelum memulakan kerjaya sebagai REN.
6. Setelah berjaya mendaftar dengan agensi hartanah pilihan, anda boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang REN.
7. Sekiranya tidak berdaftar dengan mana-mana agensi, anda tidak dikira sebagai REN yang sah atau lebih popular dikenali sebagai broker.
Apa sebenarnya REN ni?
ROSFAN RAMLEE | REN42736
IQI iRealty Sdn Bhd
https://wa.me/6012898155