Cara Nak Jual Rumah

Camana yer nak jual rumah ni?

Antara persoalan yang sering dibincangkan lebih-lebih lagi musim-musim PKP ni ialah cara atau kaedah untuk menjual rumah. Kebiasannya ada dua cara iaitu owner menjual sendiri atau owner melantik perunding hartanah untuk menguruskan jual beli rumah tersebut.Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh owner jika ingin menjual sendiri rumah mereka telah dijelaskan sebelum ni dan sila rujuk (https://rosfanhartanah.my/boleh-ke-pemilik-rumah-nak-jual-sendiri/).

Pelbagai perkara yang perlu dilakukan seperti membuat inspection, dapatkan market value (MV)/ harga pasaran, pengiklanan, promosi, gantung banner, viewing, urusan pinjaman buyer, mendapatkan khidmat lawyer dan sebagainya sehingga semua urusan pindah hak milik selesai. Dengan kata lain, dari mula hingga hujung proses, owner yang akan terlibatkan secara terus dalam setiap perkara serta isu jual beli rumah ini.

Berbaloi tak jika owner buat segala urusan tu sendiri? Nampak macam berbaloi jugak. Kerana boleh menjimatkan kos bayaran professional fee kepada ejen hartanah yang berjumlah 3.18% dari harga jualan rumah. Macam banyak jer kerja nak kena buat? Ya, memang banyak kerja yang perlu dibuat dan tidak semudah yang disangka. Wajib persiapkan diri dan bersedia dari segi emosi, mental, tenaga, kos dan apa jua isu yang bakal berbangkit sepanjang menguruskan jual beli berkenaan. Tak salah jika boleh lakukan sendiri dan nak mencuba serta belajar benda baru. Tapi kalo sampai pening-pening lalat hanya semata-mata nak selamat kos 3.18%, adalah lebih baik diserahkan kepada yang lebih pakar.

Cara kedua dan paling popular ialah menggunakan khidmat perunding hartanah. Sila rujuk artikelĀ  (https://rosfanhartanah.my/pentingnya-melantik-perunding-hartanah-berdaftar/). Berbaloi ke bayar professional fee 3.18% sedangkan perunding hartanah akan buat benda yang sama jer. Camana tu?

ROSFAN RAMLEE | REN42736
IQI iRealty Sdn Bhd
https://wa.me/6012898155

Join The Discussion

0 thoughts on “Cara Nak Jual Rumah”

  • Cara Nak Jual Rumah II – Rosfan Hartanah

    […] Cara Nak Jual Rumah […]

    Reply

Compare listings

Compare