Cara Nak Jual Rumah II

Telah dijelaskan sebelum ni secara ringkas bagaimana owner boleh menguruskan jual beli rumahnya sendiri. Boleh rujuk semula di (https://rosfanhartanah.my/cara-nak-jual-rumah/). Kaedah seterusnya dan yang paling popular ialah dengan menggunakan khidmat perunding hartanah berdaftar (REN – Real Estate Negotiator) atau orang-orang kita biasa sebut ejen hartanah. Kenapa lebih mudah jika menggunakan khidmat perunding hartanah? Antaranya ialah:

1.   Setiap perunding hartanah adalah dipantau oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Hartanah (LPPEHPH). Setiap khidmat nasihat wajib mengikut standarad yang telah ditetapkan  dan sebarang pelanggaran atau kesalahan, owner boleh membuat laporan kepada pihak LPPEHPH.

2.   Perunding hartanah juga seorang professional, berkemahiran dan berpengalaman. Oleh sebab itu owner perlu membayar professional fee sebanyak 3.18% daripada harga jualan hartanah. Dalam bahasa mudah, orang-orang kita sebut caj ejen hartanah.

3.   Perunding hartanah akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti membuat inspection, mendapatkan segala maklumat serta dokumen berkaitan hartanah, menyemak market value (MV)/ harga pasaran, pengiklanan, viewing, proses permohonan pinjaman pembeli, penyediaan SNP/SPA dan urusan pertukaran hak milik atau MOT (Memorandum of Transfer).

4.    Perunding hartanah juga akan menasihati owner berkenaan asking price yang bersesuaian dengan market value untuk dinyatakan di dalam iklan. Pengiklanan akan dibuat di medium seperti ProNiaga mudah.my, Iproperty, Property Guru, FB ads dan seumpamanya.

5.   Sepanjang tempoh lantikan, setiap kos bagi pengiklanan, viewing dan sebagainya adalah ditanggung oleh perunding hartanah. Kos yang perlu dibayar oleh owner ialah professional fee (seperti di perenggan 2). Bayaran tersebut akan dilakukan setelah buyer bersetuju menandatangi confirmation form/ Letter of Purchase (LOP) dengan memasukkan/ transfer ke client account agensi hartanah.

Terpulang kepada owner untuk melantik mana-mana perunding hartanah yang mereka yakini. Owner boleh membuat lantikan secara exlcusive atau general. Ehh… apa tu?

 

ROSFAN RAMLEE | REN42736
IQI iRealty Sdn Bhd
https://wa.me/6012898155

Join The Discussion

Compare listings

Compare