5 Langkah Mulakan Kerjaya Ejen Hartanah di Malaysia

Ingin mengubah haluan kerjaya anda atau mencari pekerjaan baru? Jangan risau, kami telah sertakan semua maklumat penting yang perlu anda ketahui untuk menjadi ejen hartanah (REN) di Malaysia.

1. Tanya diri anda, adakah anda
berminat untuk menjadi Ejen Hartanah?

Bila sebut tentang kerjaya yang melibatkan servis, perkara utama yang perlu ditekankan adalah  semangat membantu orang. Ada sesetengah orang, pada awalnya tidak meminati sesuatu pekerjaan, tapi lama-kelamaan minat itu berputik dalam diri – yang penting ialah keinginan untuk belajar! Dan semuanya berbaloi apabila anda dapat membuat pelanggan gembira dan berpuas hati! Selain itu, anda dapat melawat dan menjual hartanah yang begitu hebat, serta bekerja dalam industri dimana segala usaha dan penat jerih akan membuahkan hasil yang lumayan! Berminat menjadi ejen hartanah (REN) IQI Realty, klik link https://atlas.iqiglobal.com/#/register/ref=4dcbdc221b

2. Apakah kelebihan menjadi seorang ejen hartanah?

Jadual yang fleksibel – Ejen hartanah hanya bertugas pada masa yang minima dan efektif. Jangan salah faham, walaupun masa fleksibel tapi tanggungjawab terhadap pelanggan tetap kena jaga.

Komisen yang tiada had

‘Networking’ dengan banyak pihak – 
Ejen hartanah biasanya akan selalu berhubung dengan pengurus bank dan guaman. Hampir setiap minggu anda akan menerima mesej melalui Whatsapp, panggilan telefon dan pemberitahuan media sosial.

Ilmu dan pengalaman berharga – 
Melalui pengalaman sebagai ejen hartanah, automatiknya ejen akan sedar tentang pembangunan setempat, isu kewangan, isu undang-undang tanah, hal pusaka, insolvensi kes bankrap.

Cabang yang besar

3. Meninjau agensi hartanah yang anda minat

Bagaiamanakah nak pilih agensi hartanah yang terbaik untuk anda?

Sistem Komisen – Sebelum membuat pilihan, fahamkan sistem komisen syarikat itu, seperti tempoh pembayarannya ataupun adakah syarikat tersebut akan memotong komisen tanpa sebab dan sebagainya.

Latihan – Agensi yang sediakan kursus dan latihan kepada ejen hartanah.

Melalui agensi hartanah IQI, kami menyediakan kursus dan latihan percuma kepada ejen-ejen IQI pada setiap minggu.

Suasana Positif – Apabila anda menemui syarikat yang mempunyai suasana positif dan persekitaran menarik, ia dapat mendorong ejen hartanah untuk mencabar diri mereka untuk mencapai masa depan yang lebih baik.

4. Apakah kursus dan latihan
yang perlu dilakukan untuk menjadi Ejen Hartanah?

Perunding Hartanah ataupun Ejen Hartanah wajib berdaftar dengan agensi dan mempunyai nombor seperti ‘REN 17585.’ Melalui laman web BOVAEA: Perunding Hartanah perlu lulus Kursus Persijilan Perunding dan dalam tempoh itu,  anda akan mempelajari pelbagai topik, seperti undang-undang dan ekonomi harta tanah, pengurusan dan penilaian harta tanah, dan perakaunan.

5. Tahniah! Tiba masanya untuk memohon lesen Ejen Hartanah (REN).

Di Malaysia, anda perlu mengikuti kursus wajib selama dua hari sebelum anda boleh mendaftarkan diri sebagai Ejen Hartanah (REN). Pada 29 Mei 2014, BOVAVEA telah memutuskan untuk menyeragamkan modul kursus dua hari untuk pelaksanaan perakuan perunding, di mana sesiapa yang berminat akan diminta untuk memperakui dengan Lembaga Pengarah untuk menjalankan transaksi harta tanah. Ini adalah sebahagian daripada usaha BOVAVEA untuk meningkatkan profesionalisme dalam industri dan menyingkirkan broker haram.

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya:

ROSFAN RAMLEE
REN42736
IQI Realty Sdn Bhd
0128981550

*Credit to IQI Global

Join The Discussion

Compare listings

Compare