10 Langkah Beli Rumah Baru

Ramai yang tanya, camana nak beli rumah baru atau undercon ni. Saya nak jelaskan secara ringkas 10 langkah yang perlu diambilkira jika nak beli rumah baru.

1.   Pertama sekali, tentukan kemampuan kewangan. Pastikan bahawa rumah yang nak dibeli tu adalah didalam lingkungan kemampuan kewangan anda.

2.   Boleh pilih rumah yang diingini atau diminati. Ambik kira jenis rumah, rekaan rumah, rekaan dalaman rumah, lokasi dan mampu serta berbaloi untuk dimiliki.

3.   Cari khidmat peguam hartanah yang boleh menawarkan perkhidmatan yang terbaik.

4.   Wajib fahami dan jelas tentang dokumen jual beli rumah.

5.   Buat permohonan untuk pinjaman perumahan sama ada pinjaman bank atau pinjaman LPPSA (Kerajaan).

6.   Fahami dan jelas dengan dokumen pinjaman perumahan.

7.   Tandatangan SPA (Sales & Purchase Agreement) setelah pinjaman diluluskan dan buat bayaran. Wajib baca dan fahami SPA sebelum tandatangan. Jika kurang faham, tanya soalan pada pihak peguam.

8.   Lawat lokasi rumah secara berkala. Untuk pastikan progress pembinaan rumah.

9.   Pindahan hak milik rumah kepada anda. Rajin-rajinlah follow up dengan pihak lawyer untuk dapatkan status terkini proses.

10.   Periksa rumah untuk sebarang kerosakan (defect liability period). Tempoh warranty untuk defect ni adalah selama 2 tahun.

Untuk memudahkan urusan pembelian rumah baru ni, kami sebagai perunding hartanah berdaftar, sedia membantu.

ROSFAN RAMLEE
REN42736
HP: 0128981550
IQI Realty Sdn Bhd

*Credit to Sir Erman Taib, CEO Ireal Academy

Join The Discussion

Compare listings

Compare